Wednesday, August 12, 2009

Inikah Kita ?

" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya."

( surah ali-Imran : 185)

Proses peradaban manusia bermula apabila sekelompok manusia mendiami suatu tempat yang mana di sanalah mereka menbentuk satu sistem organisasi atau struktur lapisan masyarakat yang tersendiri. Daripada masyarakat inilah terbentuknya budaya dan adat, hasil dari titik pertemuan yang sama dan garapan-garapan nilai antara manusia itu sendiri yang akhirnya menjadi habit atau kebiasaan manusia lain. apabila berlaku penerimaan dalam perkara-perkara yang negatif, masyarakat yang muncul juga akan terikut-ikut dengan budaya ini. Dunia hari ini mempamerkan budaya-budaya sonsang dan menyimpang dari Sunnahtullah, sikap manusia yang leka dan lalai dalam kelompok Hedonisme semakin tenat berlaku di sana-sini. Hedonisme adalah satu perasaan yang suka kepada hiburan bahkan yang diambil bukanlah sekadar hanya tetapi pada tahap melampau.

Kadangkala kita tersentak, mungkin marah dan kurang setuju apabila dikatakan wabak H1N1 yang berlaku pada masa ini disebabkan oleh banyaknya fitnah yang kita lakukan di atas bumi Tuhan. Lihat sahaja kes-kes zina yang berlaku secara terang-terangan, seolah-olah masyarakat pada hari ini sudah boleh menerima dan mengiktiraf perbuatan tersebut sebagai satu kebiasaan. Bukan itu sahaja, kalau kita dapat menyorot kembali ingatan pada majlis-majlis keraian seperti Sambutan Kemerdekaan , Hari Valentine dan Sambutan Tahun Baru, di pentas-pentas terkemuka di ibu negara, disajikan oleh nyanyian-nyanyian yang melalaikan, dan yang menyaksikannya pula bukan hanya dari kalangan orang biasa malahan juga pemimpin negara.

Kita akan menjadi marah dan melenting apabila dikatakan 'Jahiliah Moden' sedangkan bagi kita inilah trend dan gaya hidup baru... Bukankah itu yang kebanyakkan kita fikirkan? sedangkan firman Allah telah diturunkan kepada nabi-Nya telah lama dahulu, yang mengatakan tidaklah (dinamakan) kehidupan di dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir ???.



Wassalam...

Friday, July 31, 2009

Ikhlas Untukmu Teman

Salam sayang ku utuskan buatmu teman seperjuangan, walau di manapun kalian berada doaku kalian setia membawa panji-panji Islam...

Pada kali ini ingin ku kongsikan mutiara-mutiara ilmu yang ku kutip dan ku kumpul untuk di kongsikan dengan kalian...

Ingatkah kalian suatu ketika dulu kita sering dimomokkan bahawa semua agama adalah sama sahaja atas alasan semuanya membawa kepada kebaikan... kalau kita fikirkan secara general mungkin kelihatan seolah-olah benar tetapi hakikat yang sebenar ia adalah salah... Rasulullah S.A.W pernah bersabda " Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." cuba kita tamsilkan di sini Islam diibaratkan umpama matahari , manakala agama lain ibarat lampu-lampu yang terang... jadi apabila munculnya mentari yang menyinari kehidupan segala cahaya daripada lampu-lampu tadi akan tenggelam. begitulah cukup indah satu perumpamaan yang Allah datangkan kepada seorang manusia sebagai satu ilham untuk menjawab segala persoalan.

Ada satu lagi kenyataan yang agak lucu pada pendengaranku pada mulanya tetapi Subhanallah... terlalu dalam pengajaran dan didikannya... kita semua mengetahui bahawa Islam amat mementingkan kesederhaan dalam apa juga perbuatan atau keadaan, perkataan sederhana atau 'moderate' sehinggakan waktu solat juga disederhanakan dengan menjadikannya 3 waktu sahaja berbanding 5, kemudian dengan bangganya mengatakan bahawa beliau melaksanakan cara hidup yang sederhana...sedangkan perkara yang sebenarnya dalam solat itu yang sederhananya adalah 5 waktu, kerana ianya waktu wajib dan bukankah sederhana itu membawa maksud melaksanakan segala amalan wajib secara keseluruhannya dan melakukan amalan-amalan sunnat sekiranya kita terdaya?

kadangkala terasa pelik dengan tanggapan-tanggapan orang Islam sendiri... itu belum lagi soal pergerakan-pergerakan Wahabi dan Syi'ah yang dengar khabarnya semakin berleluasa di bumi Malaysia kini...

Sekian sahaja nukilan buatmu teman, semoga kalian semua tabah menempuh cubaan perjuangan... dekatilah Mad'u kalian dengan rasa cinta dan tanggung jawab.... semoga kita semua menjadi insan-insan yang dipilih Allah untuk mendaulatkan kalimah-Nya di muka bumi... Amin.

Sunday, July 5, 2009

Kembali Ke Jalan Ini.

Jalan hidup perlu diteruskan...
Ikutlah pilihan hati.... terus kekal pada jalan hidayah Allah s.w.t.... Alhamdulillah, semoga akan sentiasa berterusan hingga akhirnya...

Buat para mujahid dan mujahidah... para Da'ei yang menyeru ke jalan Rabbi... rentaslah sempadan masa dan alaf... jelaskanlah Fikrah Islamiyyah ... luruskan tekad dan istiqamahkan diri dan maju setapak lagi...

Salam perjuangan...
Serulah...serulah dan jangan sekali-kali berhenti menyeru manusia kembali ke 'Jalan Ini'.

Monday, April 13, 2009

Harapan Untuk Perjuangan.

Salam semersik tiupan angin menderu ku tujukan ikhlas buat para Da'ie di jalan Allah.

Kehidupan kita pada hari ini dilimpahi dengan berbagai macam cabaran dan onak duri...
Yang datang untuk menguji dan menduga, kadangkala kita diuji dengan kesusahan dan penderitaan ... bersabarlah.
Cabaran yang paling hebat kita diuji dengan harta dunia , pangkat dan kemasyhuran... beringatlah.
Janganlah kita sesekali kita tewas, kelak kita akan tersingkir dari jalan ini... lebih menakutkan dari pandangan TUHAN.
Oleh itu, sama-samalah kita istiqamah dalam derdoa, luruskan niat dan iqtiqat... kita cuba telan segalanya kerana akirannya nanti janji manis ALLAH akan kita perolehi... Insyaallah.

bersyukurlah sekalian Du'a kerana kita yang dipilih bagi menempuh jalan ini, bukan mereka... bukan orang lain... ia adalah KITA.
Seriuskan dakwah kita... lembutlah ditempat yang perlukan kelembutan... bertegaslah di tempat yang memerlukan kekerasan.
harapan kita adalah harapan perjuangan ini... berjuang pada jalan ALLAH.

Thursday, March 19, 2009

Kita Penyeru... Bukan Penghukum.

Salam sayang kerana Allah ku titipkan kepada bakal-bakal puteri syurga yang akan menyebabkan iri bidadari di sana...


Desakan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini haruslah kita rentasi dengan semangat mujahidah... teruskan berjuang sekuat mungkin ... sebarkan risalah dakwah Rasulullah SAW ke segenap pelusuk bumi...


Tetapi beringatlah... kita hanya PENYERU... bukan PENGHUKUM !!

Yakinlah bahawa segala hidayah hanyalah milik Allah... jadi siapalah kita untuk melebihi-Nya.

berusaha dan teruskanlah berdoa supaya hidayah yang kita miliki kini akan mutlak menjadi milik kita buat selamanya...

Saturday, February 7, 2009

Tabahlah Sahabat !!!

Hidup di dunia ini terdapat segala macam dugaan, cabaran dan ujian... bertahanlah wahai Sahabat... kita berjuang di medan ini... kita telah berjanji atas nama Allah... solat kita... ibadah kita... hidup kita... dan mati kita hanya atas jalan Tuhan yang Maha Memiliki segala benda.

Kuatkan kaki mu sahabat... tongkahlah arus jalan ini dengan cara mu sendiri tanpa terikut-ikut dengan desakan dan paksaan pihak lain... inilah JIHAD mu !!!... jangan kau lari darinya... kerena... selangkah engkau meninggalkannya... beribu langkah rahmat Tuhan lari dari mu.

Teguhkan hati mu duhai Sahabat... kala kau lihat ramai teman-teman kita, satu persatu gugur... satu persatu kecundang, di medan ini... tekadkan istiqamahmu... kerana kau penyeru pada jalan TUHAN!!!.