Friday, July 31, 2009

Ikhlas Untukmu Teman

Salam sayang ku utuskan buatmu teman seperjuangan, walau di manapun kalian berada doaku kalian setia membawa panji-panji Islam...

Pada kali ini ingin ku kongsikan mutiara-mutiara ilmu yang ku kutip dan ku kumpul untuk di kongsikan dengan kalian...

Ingatkah kalian suatu ketika dulu kita sering dimomokkan bahawa semua agama adalah sama sahaja atas alasan semuanya membawa kepada kebaikan... kalau kita fikirkan secara general mungkin kelihatan seolah-olah benar tetapi hakikat yang sebenar ia adalah salah... Rasulullah S.A.W pernah bersabda " Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." cuba kita tamsilkan di sini Islam diibaratkan umpama matahari , manakala agama lain ibarat lampu-lampu yang terang... jadi apabila munculnya mentari yang menyinari kehidupan segala cahaya daripada lampu-lampu tadi akan tenggelam. begitulah cukup indah satu perumpamaan yang Allah datangkan kepada seorang manusia sebagai satu ilham untuk menjawab segala persoalan.

Ada satu lagi kenyataan yang agak lucu pada pendengaranku pada mulanya tetapi Subhanallah... terlalu dalam pengajaran dan didikannya... kita semua mengetahui bahawa Islam amat mementingkan kesederhaan dalam apa juga perbuatan atau keadaan, perkataan sederhana atau 'moderate' sehinggakan waktu solat juga disederhanakan dengan menjadikannya 3 waktu sahaja berbanding 5, kemudian dengan bangganya mengatakan bahawa beliau melaksanakan cara hidup yang sederhana...sedangkan perkara yang sebenarnya dalam solat itu yang sederhananya adalah 5 waktu, kerana ianya waktu wajib dan bukankah sederhana itu membawa maksud melaksanakan segala amalan wajib secara keseluruhannya dan melakukan amalan-amalan sunnat sekiranya kita terdaya?

kadangkala terasa pelik dengan tanggapan-tanggapan orang Islam sendiri... itu belum lagi soal pergerakan-pergerakan Wahabi dan Syi'ah yang dengar khabarnya semakin berleluasa di bumi Malaysia kini...

Sekian sahaja nukilan buatmu teman, semoga kalian semua tabah menempuh cubaan perjuangan... dekatilah Mad'u kalian dengan rasa cinta dan tanggung jawab.... semoga kita semua menjadi insan-insan yang dipilih Allah untuk mendaulatkan kalimah-Nya di muka bumi... Amin.

Sunday, July 5, 2009

Kembali Ke Jalan Ini.

Jalan hidup perlu diteruskan...
Ikutlah pilihan hati.... terus kekal pada jalan hidayah Allah s.w.t.... Alhamdulillah, semoga akan sentiasa berterusan hingga akhirnya...

Buat para mujahid dan mujahidah... para Da'ei yang menyeru ke jalan Rabbi... rentaslah sempadan masa dan alaf... jelaskanlah Fikrah Islamiyyah ... luruskan tekad dan istiqamahkan diri dan maju setapak lagi...

Salam perjuangan...
Serulah...serulah dan jangan sekali-kali berhenti menyeru manusia kembali ke 'Jalan Ini'.