Wednesday, August 12, 2009

Inikah Kita ?

" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya."

( surah ali-Imran : 185)

Proses peradaban manusia bermula apabila sekelompok manusia mendiami suatu tempat yang mana di sanalah mereka menbentuk satu sistem organisasi atau struktur lapisan masyarakat yang tersendiri. Daripada masyarakat inilah terbentuknya budaya dan adat, hasil dari titik pertemuan yang sama dan garapan-garapan nilai antara manusia itu sendiri yang akhirnya menjadi habit atau kebiasaan manusia lain. apabila berlaku penerimaan dalam perkara-perkara yang negatif, masyarakat yang muncul juga akan terikut-ikut dengan budaya ini. Dunia hari ini mempamerkan budaya-budaya sonsang dan menyimpang dari Sunnahtullah, sikap manusia yang leka dan lalai dalam kelompok Hedonisme semakin tenat berlaku di sana-sini. Hedonisme adalah satu perasaan yang suka kepada hiburan bahkan yang diambil bukanlah sekadar hanya tetapi pada tahap melampau.

Kadangkala kita tersentak, mungkin marah dan kurang setuju apabila dikatakan wabak H1N1 yang berlaku pada masa ini disebabkan oleh banyaknya fitnah yang kita lakukan di atas bumi Tuhan. Lihat sahaja kes-kes zina yang berlaku secara terang-terangan, seolah-olah masyarakat pada hari ini sudah boleh menerima dan mengiktiraf perbuatan tersebut sebagai satu kebiasaan. Bukan itu sahaja, kalau kita dapat menyorot kembali ingatan pada majlis-majlis keraian seperti Sambutan Kemerdekaan , Hari Valentine dan Sambutan Tahun Baru, di pentas-pentas terkemuka di ibu negara, disajikan oleh nyanyian-nyanyian yang melalaikan, dan yang menyaksikannya pula bukan hanya dari kalangan orang biasa malahan juga pemimpin negara.

Kita akan menjadi marah dan melenting apabila dikatakan 'Jahiliah Moden' sedangkan bagi kita inilah trend dan gaya hidup baru... Bukankah itu yang kebanyakkan kita fikirkan? sedangkan firman Allah telah diturunkan kepada nabi-Nya telah lama dahulu, yang mengatakan tidaklah (dinamakan) kehidupan di dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir ???.



Wassalam...