Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untaian susunan kata ini ditujukan teristimewa kepada sahabat-sahabat yang akan bergelar suami atau isteri... semoga ikatan kasih sayang yang dibina dengan nama Allah mendapat keberkatan di dunia dan kekal hingga ke syurga... Insyaallah...

Di dalam surah Ar-Rum ayat 21, Allah swt berfirman yang bermaksud : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ".


Doa saya untuk kalian...

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

* SELAMAT PENGANTIN BARU
Kepada :
Nasuha Noordin dan Mohd Jusoh Jaafar( 11/12/2010 )
Nor Ain Syafini Abd Wahab dan Nor Hasnuddin Hussin ( 11/12/2010 )
Mohd Musyaffa' Mohd Fadzin dan pasangan ( 12/12/2010 )