Thursday, August 28, 2008

ANTARA SANTAN DAN MUTIARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang,
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. Mudah diperoleh.. Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi..
Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan..
Dengan mudah jatuh menjadi titisan..
Akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
Orang tak kenang jasa santan..
Mutiara.. tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan..
Terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..


Akhirul kalam..
saya kongikan mutiara tazkirah tanda kasih seorang Muslimah padamu
Ya Ukhti al Habibah Sakinah Binti Md. Noh.

Sebuah perkongsian nan indah untuk wanita sholihah pendamba syurga, pembuat iri bidadari di sana …

Wednesday, August 27, 2008

Istimewa Untuk Mu...

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, salam teristimewa buat insan bernama SAHABAT.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Telah ditetapkan bahawa kisah perpisahan ini terjadi… kita sedaya upaya menghalang tetapi perancangan Allah rupanya lebih teliti… segala rahsia… sama ada yang telah tersurat atau yang tersirat dapat kita fahami akhirnya… Allah meletakkan diriku tanpamu di sini, agar aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri… atau… supaya aku tidak terus ego mendabik dada, berbicara pada hati bahawa aku boleh menempuh hari-hari mendatang biarpun tanpa kau duhai SAHABAT…

Sahabatku bunga agama,
Ternyata kata-kata yang terdetik di hati ini adalah salah belaka… demi Tuhan… aku masih memerlukanmu, memerlukan masa duka dan gembira kita… aku tidak berdaya SAHABAT…
Berjalan meladeni bumi kenangan ini berseorangan… kali pertama aku kembali menjejak 'bumi' ini, aku dapat lihat sejelasnya setiap nostalgia lama kita… bersama kawan-kawan… 'SEJATIAN' itu gambaran kita … kita ibarat ramai dalam satu… nampak seperti assabiyyah tapi hakikat sebenarnya kita seperti sebuah keluarga, walau pun kadangkala loghat dan dialek negeri masing-masing membatasi pergaulan kita…

Sahabatku dunia akhirat,
Andai dapat aku coretkan disini sedikit kisah perkenalan kita…
Kita bertemu ketika mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah, belajar di dalam kelas yang sama, tinggal di bilik bersebelahan… kita berkawan… Aku, SAHABAT dan seorang lagi kawan kita… ketika akhir tahun kita bergaduh… dan rasa mula membenci wujud antara kita… natijahnya… aku membawa diri berpindah ke sekolah baru…Tapi aturan Allah nampaknya lebih sempurna… selepas tamat SPM, tanpa diduga kita dipertemukan kembali di 'bumi' ini… di sini kita bermula sekali lagi…
Tiga tahun di 'bumi' ini mengajar kita erti sebenar seorang sahabat, macam-macam perasaan yang kita kongsi bersama… gembira… duka…rindu….sayang…. dan bagaimana rasa bila hati kita dikhianati oleh orang yang kita tatang hatinya lebih daripada hati orang yang kita sayang… atas alas an, dialah orang yang patut kita contohi, lantaran pengalamanya melebihi kita… sakit benar perasaan tersebut…

Sahabatku tonggak Islam,
Kalau hari ini ada lagi orang yang bertanya tentang SAHABAT kepadaku, aku hanya menjawab… mungkin Allah pisahkan kita hanya kerana menguji, menghilangkan seorang SAHABAT tetapi mampu menguji kuatnya pertalian antara kita dan seluruh SEJATIAN. Segalanya demi redha dan kasih sayang-Nya, kami menerima takdik yang sedemikian tersurat… Kita sudah tahu betapa berharganya sebuah persahabatannya… bersamanya… ada rahsia… rindu…kasih sayang…rasa hormat…KERANA persahabatan antara aku dan SAHABAT, bukan atas dasar kawan dan terus berkawan semata-mata… tetapi antara kita pernah ada rasa benci…sakit hati…cemburu… padaku perasaan-perasaan inilah yang menjadikan kita bukan sahaja dapat menjadi SAHABAT tetapi ibarat KEMBAR….kena adanya segala citra perasaan ini akan mengajar kita untuk lebih menghargai antara satu sama lain.


p/s : ikhlas untuk Saidah Nafisah Binti Norsapri

Sunday, August 24, 2008

Buat Mu, Mujahidah solehah...

Dengan kecantikanmu, KAU lebih elok dari mentari...
Dengan akhlakmumu, KAU lebih wangi dari haruman...
Dengan rendah hatimu, KAU lebih tinggi dari bulan...
Dengan kelembutanmu, KAU lebih halus dari rintik hujan...
MAKA pertahankanlah keindahan ini, agar KAU terus menjadi sayap kiri perjuangan.