Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, salam teristimewa buat insan bernama SAHABAT.
Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Telah ditetapkan bahawa kisah perpisahan ini terjadi… kita sedaya upaya menghalang tetapi perancangan Allah rupanya lebih teliti… segala rahsia… sama ada yang telah tersurat atau yang tersirat dapat kita fahami akhirnya… Allah meletakkan diriku tanpamu di sini, agar aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri… atau… supaya aku tidak terus ego mendabik dada, berbicara pada hati bahawa aku boleh menempuh hari-hari mendatang biarpun tanpa kau duhai SAHABAT…
Sahabatku bunga agama,
Ternyata kata-kata yang terdetik di hati ini adalah salah belaka… demi Tuhan… aku masih memerlukanmu, memerlukan masa duka dan gembira kita… aku tidak berdaya SAHABAT…
Berjalan meladeni bumi kenangan ini berseorangan… kali pertama aku kembali menjejak 'bumi' ini, aku dapat lihat sejelasnya setiap nostalgia lama kita… bersama kawan-kawan… 'SEJATIAN' itu gambaran kita … kita ibarat ramai dalam satu… nampak seperti assabiyyah tapi hakikat sebenarnya kita seperti sebuah keluarga, walau pun kadangkala loghat dan dialek negeri masing-masing membatasi pergaulan kita…
Sahabatku dunia akhirat,
Andai dapat aku coretkan disini sedikit kisah perkenalan kita…
Kita bertemu ketika mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah, belajar di dalam kelas yang sama, tinggal di bilik bersebelahan… kita berkawan… Aku, SAHABAT dan seorang lagi kawan kita… ketika akhir tahun kita bergaduh… dan rasa mula membenci wujud antara kita… natijahnya… aku membawa diri berpindah ke sekolah baru…Tapi aturan Allah nampaknya lebih sempurna… selepas tamat SPM, tanpa diduga kita dipertemukan kembali di 'bumi' ini… di sini kita bermula sekali lagi…
Tiga tahun di 'bumi' ini mengajar kita erti sebenar seorang sahabat, macam-macam perasaan yang kita kongsi bersama… gembira… duka…rindu….sayang…. dan bagaimana rasa bila hati kita dikhianati oleh orang yang kita tatang hatinya lebih daripada hati orang yang kita sayang… atas alas an, dialah orang yang patut kita contohi, lantaran pengalamanya melebihi kita… sakit benar perasaan tersebut…
Sahabatku tonggak Islam,
Kalau hari ini ada lagi orang yang bertanya tentang SAHABAT kepadaku, aku hanya menjawab… mungkin Allah pisahkan kita hanya kerana menguji, menghilangkan seorang SAHABAT tetapi mampu menguji kuatnya pertalian antara kita dan seluruh SEJATIAN. Segalanya demi redha dan kasih sayang-Nya, kami menerima takdik yang sedemikian tersurat… Kita sudah tahu betapa berharganya sebuah persahabatannya… bersamanya… ada rahsia… rindu…kasih sayang…rasa hormat…KERANA persahabatan antara aku dan SAHABAT, bukan atas dasar kawan dan terus berkawan semata-mata… tetapi antara kita pernah ada rasa benci…sakit hati…cemburu… padaku perasaan-perasaan inilah yang menjadikan kita bukan sahaja dapat menjadi SAHABAT tetapi ibarat KEMBAR….kena adanya segala citra perasaan ini akan mengajar kita untuk lebih menghargai antara satu sama lain.
p/s : ikhlas untuk Saidah Nafisah Binti Norsapri
0 comments:
Post a Comment