Wednesday, October 22, 2008

12 SIFAT SAHABAT.

  • Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu
  • Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu
  • Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.
  • Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  • Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  • Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
  • Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untukj menghilangkan kesusahan itu).
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
    Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
    Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.

Wassalam….{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}

Tuesday, October 21, 2008

Syawal Akan Berakhir...

Bulan Syawal yang pada ketika datangnya disambut dengan penuh kegembiraan dan takbir kebesaran akan berlalu meninggalkan kita hanya beberapa hari sahaja lagi...

Lewatannya akan menjadikan kita rindu untuk bertemunya semuala... Insyaallah tahun hadapan, itu pun jika masih dipanjangkan usia oleh Tuhan yang Maha Pencipta, Allahu Akbar!

Sebelum berakhirnya bulan barakah ini, selidikilah dahulu berkenaan diri kita, iman kita, amalan harian kita... semoga bertanbah hendaknya.

Sebulan bulan Syawal kita disunatkan berpuasa enam hari... enam hari yang bersamaan dengan berpuasa setahun penuh... Subhanallah... bagi yang melaksanakannya, semoga keikhlasan menyusuli mereka...

Andai berlalu bulan barakah ini ... berlalulah satu fasa lagi umur kita, jadi lakukan amalan sebaiknya... tingkatkan iman kita... tingkatkan amalan kita... semoga segenap magfirah Allah menjadi milik kita pada tahun ini. Insyaallah.

Friday, October 17, 2008

To Be The Most Beautiful Woman in The World

With your beauty, you are better than the sun,
With your morals you are more sublime than musk ,
With your modesty you are nobler than the full moon,
With your compassion you are more beneficial than rain...

So, preserve your beauty with faith, your tranquility with contentment, your chastity with hijab.
Remember that - your adornment is not gold or silver or diamonds, rather it is two raka'ahs at Fajr, going thirsty when you fast for Allah, concealed charity which no one knows except Him, hot tears that wash away sin, a lengthy prostration born of utter submission to Allah, shyness before Allah when the inclination to do evil overwhelms you.

Clothe yourself with the garments of taqwa (piety) for you are the most beautiful woman in the world, even if your clothes are shabby. Clothe yourself with the cloak of modesty, for you are the most beautiful woman in the world even if you are barefoot.

Beware of the life of bewitching immoral disbelieving women, for they are the fuel of the hire of Hell.

"None shall enter it save the most wretched" - Surah 92;15

-From Dr. Aid Al-Qarni's book ; You Can Be The Happiest Woman in the World.

Thursday, October 16, 2008

Istimewanya Orang Bercinta.

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. Kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.
Kita perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi segala-galanya...
Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.

Sebaliknya bercinta dengan Allah,
Tuhan yang Maha Pencinta atau ‘Al Waduud’ itu, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan...

Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya...
Sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap...

Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih utama...

Tanda Cinta...
  • Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.

  • Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya.
Tidak kerana yang lain...
Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.

Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.” Surah: Ali Imran. Ayat:146.
“Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222

Untungnya Orang Bercinta...

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi, di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu...

Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.
Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.
Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Wednesday, October 15, 2008

Andai...

Itulah permulaan penyesalan, andai... tetapi apabila kita renungkan dengan mendalam kenapa kita hanya sekadar melepaskan keluhan tanpa mengenang, adakah kita layak untuk menyesal? ketika kita sudah didahului oleh tindakan... bijaksanakah kita?

Kadangkala kita mengetahui bahawa segala yang kita lakukan akan mendatangkan kesan, sama ada baik atau buruk... tetap ada... tetapi cuba kita fikirkan... waraskah kita dengan senang melakukan kesalahan yang kita tahu bahawa penyesalan adalah akhirannya.

Itulah hati kita...dalam Islam kita dituntut supaya berdoa : Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan kati kami dalam agama-Mu (ajaran-Mu) dan taatkanlah hati kami... pengajaran Allah ini cukup bernilai jika kita cuba terokai rahsianya...

Tuesday, October 7, 2008

Jadilah Manusia Yang Berbahagia.

Orang yang bahagia itu akan selalu...
Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah ,
Menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
Menyediakan waktu untuk bersenda-gurau kerana bersenda-gurau itu akan membuatkan jiwa sentiasa muda...
Dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Oleh itu…
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Akan tetapi waspadalah sentiasa kerana…
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya,
Namun...
Selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
Kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan...
Daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.