Orang yang bahagia itu akan selalu...
Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah ,
Menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
Menyediakan waktu untuk bersenda-gurau kerana bersenda-gurau itu akan membuatkan jiwa sentiasa muda...
Dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Oleh itu…
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Akan tetapi waspadalah sentiasa kerana…
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya,
Namun...
Selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
Kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan...
Daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
0 comments:
Post a Comment