Bismillah...
Satu lagi senario yang sudah lama wujud di dalam jabatan2 agama ataupun mana2 institusi awam kerajaan ... penekanan dalam corak bekerja.... bagaimana???
Jarang untuk mencari 'pemegang2 amanah' yg sentiasa punctual dengan waktu bekerja mereka... 'pemegang2 amanah' ini adakalanya 'ghaib' terus tanpa sebarang pemberitahuan... persoalannya... kenapa golongan 'pemegang2 amanah' daripada bahagian agama juga serupa dengan pekerja2 kerajaan yang lain???
Setelah agak lama memerhati dan berfikir... keputusannya...
Tidak semua 'pemegang amanah' faham dengan konsep amanah dalam Islam.... sekiranya tahu sekalipun... mereka tidak pernah faham... kenapa begitu??? kerana 'orang2 yg faham dengan adil' sahaja yang dapat memahaminya dan mempraktikannya ketika menjawab amanah.
Kebanyakkan 'pemegang2 amanah' di jabatan2 agama adalah orang2 agama.... yang belajar tentang ilmu agama.... mereka semua bagus... tetapi bukankah lebih bagus lagi, sekiranya mereka2 itu terdiri dari orang2 beragama.... belajar dan tahu agama sahaja tidak cukup .... belajar agama dan amalkan budaya beragama.... bukankah lebih baik... itulah cara hidup yang terbaik.
Suasana sebegini menyebabkan statement 'penilai2 awam' ...... "gunakan agama untuk hidup senang" seolah-olah di 'iya' kan dalam masyarakat.
Oleh itu,
Kepada 'pemegang2 amanah' .... tanggung jawab yang digalas anda tidak boleh dipandang ringan... jangan sampai apa yang anda dapati dari amanah itu nanti dipertikaikan oleh para 'penilai awam'..... jangan sampai seluruh keturunan anda binasa kerana hasil dari amanah yang telah dikhianatkan.... jangan nanti di 'hari hisab' sana, anda tergolong dikalangan orang yang rugi dan penuh penyesalan... KERANA anda adalah 'pemegang amanah' kepada apa yang telah diamanahkan.
0 comments:
Post a Comment