Sunday, April 18, 2010

Teruskanlah...

Bismillah...

Alhamdulillah... hari ini, lagi satu hari diri ini dapat bernafas di bumi TUHAN... kalau semalam ditinggalkan dengan corakan hidup yang agak abstrak dan sukar dihadam minda... semoga hari ini berlalu dengan segala kebaikan dan dipermudahkan ALLAH segala urusan.

Betullah kata orang setiap manusia mempunyai masalah tersendiri... kewujudan masalah itu bukanlah untuk menjadikan kita beralasan untuk putus asa... bukankah tiada putus asa di dalam Islam???... kehadiran masalah itu tidak lain hanya untuk mengukur kreativiti pemikiran kita mencari jalan penyelesaiaannya... bukankah begitu???

Duhai diri...
mungkin semalam kau masih samar-samar dengan perjuangan sendiri... kenapa tidak kau perjelaskan misi dan matlamat diri, supaya dapat kau tempuhi semua jalan dengan semangat mujahidah sejati... yang tidak gentar meskipun sentiasa diuji... bijak menilai setiap sesuatu dan tidak jemu berusaha memperbaiki diri...

Duhai diri...
Jangan sekali-kali kau undur langkahmu andai kau rasa tidak mampu, kerana kau tidak mempunyai pilihan dalam menyusuri jalan ini... bukankah ini pilihanmu ??? Jadi teruskanlah... jangan punya angan-angan untuk berhenti sekerat jalan... kelak selamanya kau menyesal sendiri.

* Ya Allah... kuatkan iltizamku menyusuri jalan-Mu,
jangan KAU tinggalkan diri ini dikala orang2 lain
tidak bersamaku. Ya Jabbar... KAU tuhanku, Bantulah diriku kerana aku tidak berharap bantuan lain selain daripada-Mu... Amin.

Saturday, April 17, 2010

Selamat Datang Final Exam !!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Alhamdulillah, hampir selesai sudah satu lagi semester pengajian di UDM ini. Rasanya tahun ini sudah memasuki tahun ke lima saya di negeri Terengganu... segalanya dilakukan demi ilmu dan redha Allah berkat daripada restu mak dan abah...

Hari Isnin, 19 April 2010... akan bermula lagi satu perjuangan di medan pertempuran final exam... waktu study week pun tak sempat nak study mana... masih sibuk lagi dengan kelas... dengan metting persatuan.... haila...susah betul nak ikhlaskan diri... tambah-tambah lagi waktu kritikal macam sekarang ni... pegang buku ni... buku tu pun macam kena pegang jugak... macam mana ni...

Alhamdulillah hari ni selesai jugak buku Fiqh Islami... tadi dah hafal sikit untuk hafazan Al-Quran... Petang ni Satu helai lagi... malam ni boleh start tengok Bahasa Arab...

Cemburu betul tengok roomate... study je semedang... puas study, rehat... nak rehat jugak!!! waktu nilah rasa macam nak letak jawatan je... penat fizikan dan mental...

Macam mana ye nak arrange masa ... dah cuba buat ... tapi selalu je langgar... tak dapat nak ikut betul2... tekanan betul sem ni, pointer nak kena jaga, gred kena make sure tak jatuh... kalau tak memang kena gulai dengan abah... abah pulak bukan jenis consider dengan pointer je... first yang abah tengok gred... pastu step yang seterusnya baru pointer... mak tolong!!! kak dah tension ni...

Saturday, March 20, 2010

Beratnya Amanah

Dengan Nama Allah...

Segala puji bagi Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana dalam mengurus segala aturan-Nya. Selawat dan salam buat nabi junjungan mulia Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda, para tabi'in dan orang2 yang mengikuti jalan baginda hingga hari Akhir.

................................................

"Allahu Akbar", terasa berat beban taklif yang ditanggung... "mampukah diri ini?", "layakkah diriku menjadi pemimpin yang baik?" " Ya Allah... kenapa diriku masih mempersoalkan taklifan ini?, bukankah ia sebagai satu penghargaan dan keyakinan orang lain pada potensi diriku?", "Bantulah aku Ya Azim... jangan sekali-kali KAU biarkan diri ini lupa pada amanah yang ENGKAU galaskan di pundakku..."

.............................................

Duhai Sahabat seperjuangan,

Tegurlah aku andai ada perlakuanku yang menghiris hati kalian, andai aku terlepas laku, andai aku terlalai dalam menjaga hati-hati kalian... ingatkanlah aku... bahawa yang dipikul aku adalah amanah Allah... dan ia bukan untuk dibangga-banggakan tetapi... segalanya akan dipertanggungjawabkan pada hari kemudian...

..............................................

Diriku,

Yakinlah pada potensi sendiri, gilapkanlah peribadi mujahidah ulung.... islahkankan diri dan islahkanlah suasana sekitar... janganlah menyusahkan orang lain sekiranya tidak mampu menyenangkan mereka... sekiranya sekarang kau berada diatas, janganlah lupa kau berasal dari bawah... ikhlaskan dirimu... betulkan niat dan luruskan matlamat... kembaralah sendiri beserta orang-orang disekelilingmu menjawab taklifan Illahi... janganlah ragu kerana Allah bersamamu.


*p/s : Kepada semua kawan-kawan yang mengenali,
semoga SAYA yang kalian kenal sejak dahulu adalah
SAYA yang sama pada masa sekarang akan datang...

Sunday, February 7, 2010

Perbaikilah Dirimu Dari Hari ke Hari.

Beberapa hari lepas,aku temukan sepotong ungkapan berkenaan 'tudung wanita'... ayatnya cukup simple... fahamannya mendalam... menjadikan aku terfikir untuk berkongsi untaiaan madah indah itu bersama kalian. Seorang penulis telah melakarkan :

" Tudung wanita itu ada empat... Tudung pada wajahnya... Tudung pada matanya... Tudung pada suara dan tudung pada hati."

Apa maksudnya???

Tudung pada wajah... jangan sampai kecantikannya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pinggitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain, selain dari mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang , tidak memandang.

Tudung pada suara... jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.

Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah... Subhanallah... Alhamdulillah dan Allahuakbar...

- May Allah Bless-
Wassalam...

Wednesday, August 12, 2009

Inikah Kita ?

" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya."

( surah ali-Imran : 185)

Proses peradaban manusia bermula apabila sekelompok manusia mendiami suatu tempat yang mana di sanalah mereka menbentuk satu sistem organisasi atau struktur lapisan masyarakat yang tersendiri. Daripada masyarakat inilah terbentuknya budaya dan adat, hasil dari titik pertemuan yang sama dan garapan-garapan nilai antara manusia itu sendiri yang akhirnya menjadi habit atau kebiasaan manusia lain. apabila berlaku penerimaan dalam perkara-perkara yang negatif, masyarakat yang muncul juga akan terikut-ikut dengan budaya ini. Dunia hari ini mempamerkan budaya-budaya sonsang dan menyimpang dari Sunnahtullah, sikap manusia yang leka dan lalai dalam kelompok Hedonisme semakin tenat berlaku di sana-sini. Hedonisme adalah satu perasaan yang suka kepada hiburan bahkan yang diambil bukanlah sekadar hanya tetapi pada tahap melampau.

Kadangkala kita tersentak, mungkin marah dan kurang setuju apabila dikatakan wabak H1N1 yang berlaku pada masa ini disebabkan oleh banyaknya fitnah yang kita lakukan di atas bumi Tuhan. Lihat sahaja kes-kes zina yang berlaku secara terang-terangan, seolah-olah masyarakat pada hari ini sudah boleh menerima dan mengiktiraf perbuatan tersebut sebagai satu kebiasaan. Bukan itu sahaja, kalau kita dapat menyorot kembali ingatan pada majlis-majlis keraian seperti Sambutan Kemerdekaan , Hari Valentine dan Sambutan Tahun Baru, di pentas-pentas terkemuka di ibu negara, disajikan oleh nyanyian-nyanyian yang melalaikan, dan yang menyaksikannya pula bukan hanya dari kalangan orang biasa malahan juga pemimpin negara.

Kita akan menjadi marah dan melenting apabila dikatakan 'Jahiliah Moden' sedangkan bagi kita inilah trend dan gaya hidup baru... Bukankah itu yang kebanyakkan kita fikirkan? sedangkan firman Allah telah diturunkan kepada nabi-Nya telah lama dahulu, yang mengatakan tidaklah (dinamakan) kehidupan di dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir ???.



Wassalam...

Friday, July 31, 2009

Ikhlas Untukmu Teman

Salam sayang ku utuskan buatmu teman seperjuangan, walau di manapun kalian berada doaku kalian setia membawa panji-panji Islam...

Pada kali ini ingin ku kongsikan mutiara-mutiara ilmu yang ku kutip dan ku kumpul untuk di kongsikan dengan kalian...

Ingatkah kalian suatu ketika dulu kita sering dimomokkan bahawa semua agama adalah sama sahaja atas alasan semuanya membawa kepada kebaikan... kalau kita fikirkan secara general mungkin kelihatan seolah-olah benar tetapi hakikat yang sebenar ia adalah salah... Rasulullah S.A.W pernah bersabda " Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." cuba kita tamsilkan di sini Islam diibaratkan umpama matahari , manakala agama lain ibarat lampu-lampu yang terang... jadi apabila munculnya mentari yang menyinari kehidupan segala cahaya daripada lampu-lampu tadi akan tenggelam. begitulah cukup indah satu perumpamaan yang Allah datangkan kepada seorang manusia sebagai satu ilham untuk menjawab segala persoalan.

Ada satu lagi kenyataan yang agak lucu pada pendengaranku pada mulanya tetapi Subhanallah... terlalu dalam pengajaran dan didikannya... kita semua mengetahui bahawa Islam amat mementingkan kesederhaan dalam apa juga perbuatan atau keadaan, perkataan sederhana atau 'moderate' sehinggakan waktu solat juga disederhanakan dengan menjadikannya 3 waktu sahaja berbanding 5, kemudian dengan bangganya mengatakan bahawa beliau melaksanakan cara hidup yang sederhana...sedangkan perkara yang sebenarnya dalam solat itu yang sederhananya adalah 5 waktu, kerana ianya waktu wajib dan bukankah sederhana itu membawa maksud melaksanakan segala amalan wajib secara keseluruhannya dan melakukan amalan-amalan sunnat sekiranya kita terdaya?

kadangkala terasa pelik dengan tanggapan-tanggapan orang Islam sendiri... itu belum lagi soal pergerakan-pergerakan Wahabi dan Syi'ah yang dengar khabarnya semakin berleluasa di bumi Malaysia kini...

Sekian sahaja nukilan buatmu teman, semoga kalian semua tabah menempuh cubaan perjuangan... dekatilah Mad'u kalian dengan rasa cinta dan tanggung jawab.... semoga kita semua menjadi insan-insan yang dipilih Allah untuk mendaulatkan kalimah-Nya di muka bumi... Amin.

Sunday, July 5, 2009

Kembali Ke Jalan Ini.

Jalan hidup perlu diteruskan...
Ikutlah pilihan hati.... terus kekal pada jalan hidayah Allah s.w.t.... Alhamdulillah, semoga akan sentiasa berterusan hingga akhirnya...

Buat para mujahid dan mujahidah... para Da'ei yang menyeru ke jalan Rabbi... rentaslah sempadan masa dan alaf... jelaskanlah Fikrah Islamiyyah ... luruskan tekad dan istiqamahkan diri dan maju setapak lagi...

Salam perjuangan...
Serulah...serulah dan jangan sekali-kali berhenti menyeru manusia kembali ke 'Jalan Ini'.