Thursday, November 6, 2008

Ikhlas Bagi Para Daie Ilallah

Daie ialah seorang manusia biasa yang berjiwa luar biasa. Di dalam kekalutan arus kemodenan timpaan tamadun Barat, ternyata manusia terleka dan menjadikan kemajuan sebagai hala tuju hidup. Daie boleh diumpamakan manusia yang hidup dalam dunianya yang tersendiri, kerana tujuan mereka hidup bukanlah untuk diri mereka sendiri, malah sanggup mereka korbankan untuk manusia dan masyarakat sekitar. Hati mereka yang bersih yang mahukan segala kebaikan untuk masyarakat dan dunia serta berkorban segala yang ada membuktikan keikhlasan mereka.Mereka memahami firman Allah:

Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku,hidupku,matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam.(al-an’am:162)

Mereka memahami tanpa ikhlas, amal kebajikan mereka tidak berharga. Mereka mengetahui kebaikan yang diperjuangkan tanpa keikhlasan tidak membuahkan kebaikan. Masakan sesuatu yang kotor menghasilkan sesuatu yang suci. Seringkali terpapar dalam arena dakwah di mana-mana apabila penceramah lebih suka dibayar, diberi tepukan gemuruh dan sedap didengar untuk menjadi halwa telinga manusia sahaja dan tagihkan pujian melambung. Amal-amal ini umpama debu kerana tiada keikhlasan dan tidak mampu membawa perubahan apatah lagi membina manusia. Firman Allah,

“Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.” (al-Furqan: 23)

Namun, keikhlasan para duah seringkali teruji kerana dilanda ujian yang bertimpa-timpa. Ujian yang bertalu-talu mampumenggoyahkan keteguhan seseorang daie. Umpama batu di atas bukit yang ditimpa hujan bertahun-tahun, pastilah ada sedikit bekas lekuk dek hakisan air. Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap pengukur keikhlasan.(di petik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf Qaradhawi)

Bukti yang boleh kita saksikan ialah:
1) Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

2) Menuduh Diri Sendiri
Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.

3) Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan
Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:

Landasan yg tersembunyiTdk terlihat mata krn merendahBangunan yg menjulang tinggiDi atasnya dibangun megahDi bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”

4) Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian
Tdk meminta pujian orang-orang yg suka memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu penampilan dan tdk mengetahui batinnya.

5) Tdk Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji
Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kpd orang yg layak.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”

Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yg lain.”

Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”

Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”

Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”

Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”
Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu menyanjungnya.

6) Berbuat Selayaknya Dlm Memimpin
Orang yg mukhlis krn Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. Hatinya tdk dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan kemashlahatan bersama krn takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia lewatkan.

7) Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia
Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini seorang penyair berkata:

Adakalanya seseorangMembuat redha sekian ramai orangKini betapa jauh jarak yg membentangDi tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu

8) Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:

“Dan di antara mereka ada yg mencela mu ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)

9) Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan. Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg paling pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.

Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:

“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)

10) Berasa Senang Jika Ada Yg Bergabung
Berasa senang jika ada seseorang yg mempunyai kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk menegakkan bendera atau ikut taat dlm amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kpdnya, sehingga dia dpt mengambil tempat yg sesuai dgn kedudukannya. Dia tdk harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah krn kehadirannya. Malahan jika orang yg mukhlis melihat ada orang lain yg lbh baik drp dirinya yg mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kpdnya.

11) Rakus Terhadap Amal Yg Bermanfaat
Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya sendiri. Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal yg lbh banyak manfaatnya dan lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.

Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk mendamaikan mereka yg sdg bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm sebuah hadith disebutkan:

“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu ttg sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan di antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara sesama manusia adalah pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)

Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan Ramadhan dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya,

“Sumbangkan saja wang itu utk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg mengalami kehancuran.” Jika hatinya tdk lapang dan menolak, maka dia spt apa yg dikatakan al-Ghazali sbg orang yg tertipu.

12) Menghindari Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian, disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk diterima. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)

13) Peringatan Agar Membersihkan Diri
Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:

“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)

Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:

“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg dijelaskan Allah yg bermaksud:

“Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya yg bermaksud:

“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)

Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh, tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:

“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)

Selain itu ia bertujuan utk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:

“Barangsiapa membuat sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)

Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain.

Semua itu diperbolehkan bg orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yg bebas dr tujuan ini.

Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.

Pandangan terhadap diri sendiri spt ini adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah pelecehan yg menghinakan.

Sungguh ternyata benar apa yang dinukilkan oleh Yusuf Qaradhawi seperti di atas. Buat mereka di atas jalan ini, setiap butir perkataannya umpama kata lontar lembut dan keras yang menimpa diri kita. Bersama kita koreksi diri dan tsabat (tetap) berjuang untuk Allah.


Wallahu alam.

Wednesday, November 5, 2008

Berjuanglah Sayang...

Salam sayang buat sahabat-sahabat sekalian,

Bulan November... menjadi medan untuk kita sama-sama berjihad dalam peperangan ilmu...
Jadi teruskanlah perjuangan kalian... tunjukkan skills dan tackle lah soalan-soalan tersebut.

Bulan ini... jadikan satu wadah kita kearah penyempurnaan ibadat, bukan sekadar amalan-amalan wajib sahaja yang kita laksanakan tetapi amatilah juga ibadah sunat ... semoga keberkatan menyelubungi kita, Insyaallah... Amin.

Sahabatku sayang... berbahagialah kalian andai dapat membawa senyuman kegembiraan buat ibu dan ayah... renunglah dalam-dalam tentang jasa dan pengorbanan mereka... fahamilah sayang...

Sahabatku sayang... kalam-kalam ini, jadikanlah ia sebagai penerang diri, hati dan sanubari... agar kita tidak lalai dalam menuju kedestinasi yang diimpi.

Sekian...Wassalam.

Monday, November 3, 2008

FrienDshiP vs LoVe

Friendship is a quiet walk in the park with the
one you trust
Love is when you feel like you are the only two
around

Friendship is when they gaze into your eyes and
you know they care
Love is when they gaze into your eyes and it
warms your heart

Friendship is being close even when you are far
apart
Love is when you can still feel their hand on
your heart when they are not near

Friendship is hoping that they experience the
very best
Love is when you bring them the very best

Friendship occupies your mind
Love occupies your soul

Friendship is knowing that you will always try to
be there when in need
Love is when you will give up everything to be at
their side

Friendship is a warm smile in the winter
Love is a warming touch that sends a pulse
through your heart

Love is a beautiful smile to which nothing
compares
A tender laugh, which opens your heart
A single touch that melts away your fears
A smell that reminds you of the tenderness of
heaven
A voice that reminds you of the innocence of
youth

Friendship can survive without love
Belive me !!!
Love cannot live without friendship...

Wednesday, October 22, 2008

12 SIFAT SAHABAT.

  • Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melindungi mu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas baik persahabatan mu
  • Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantu mu
  • Jika engkau menghulur kebajikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai dan menyebut kebaikan mu.
  • Jika ia melihat sesuatu yg tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  • Jika engaku meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakanya.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  • Jika engkau berdiam diri(kerana malu meminta) ia akan menanyakan kesusahan mu.
  • Jika datang bencana menimpa mu, ia akan meringankan kesusahan mu(membuat sesuatu untukj menghilangkan kesusahan itu).
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkan mu.
    Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu mu.
    Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut. Semoga kita tergolong didalam hambaNYa yang bertaqwa.

Wassalam….{Petikan “bimbingan Mu’min’- Imam Ghazali}

Tuesday, October 21, 2008

Syawal Akan Berakhir...

Bulan Syawal yang pada ketika datangnya disambut dengan penuh kegembiraan dan takbir kebesaran akan berlalu meninggalkan kita hanya beberapa hari sahaja lagi...

Lewatannya akan menjadikan kita rindu untuk bertemunya semuala... Insyaallah tahun hadapan, itu pun jika masih dipanjangkan usia oleh Tuhan yang Maha Pencipta, Allahu Akbar!

Sebelum berakhirnya bulan barakah ini, selidikilah dahulu berkenaan diri kita, iman kita, amalan harian kita... semoga bertanbah hendaknya.

Sebulan bulan Syawal kita disunatkan berpuasa enam hari... enam hari yang bersamaan dengan berpuasa setahun penuh... Subhanallah... bagi yang melaksanakannya, semoga keikhlasan menyusuli mereka...

Andai berlalu bulan barakah ini ... berlalulah satu fasa lagi umur kita, jadi lakukan amalan sebaiknya... tingkatkan iman kita... tingkatkan amalan kita... semoga segenap magfirah Allah menjadi milik kita pada tahun ini. Insyaallah.

Friday, October 17, 2008

To Be The Most Beautiful Woman in The World

With your beauty, you are better than the sun,
With your morals you are more sublime than musk ,
With your modesty you are nobler than the full moon,
With your compassion you are more beneficial than rain...

So, preserve your beauty with faith, your tranquility with contentment, your chastity with hijab.
Remember that - your adornment is not gold or silver or diamonds, rather it is two raka'ahs at Fajr, going thirsty when you fast for Allah, concealed charity which no one knows except Him, hot tears that wash away sin, a lengthy prostration born of utter submission to Allah, shyness before Allah when the inclination to do evil overwhelms you.

Clothe yourself with the garments of taqwa (piety) for you are the most beautiful woman in the world, even if your clothes are shabby. Clothe yourself with the cloak of modesty, for you are the most beautiful woman in the world even if you are barefoot.

Beware of the life of bewitching immoral disbelieving women, for they are the fuel of the hire of Hell.

"None shall enter it save the most wretched" - Surah 92;15

-From Dr. Aid Al-Qarni's book ; You Can Be The Happiest Woman in the World.

Thursday, October 16, 2008

Istimewanya Orang Bercinta.

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. Kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.
Kita perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi segala-galanya...
Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.

Sebaliknya bercinta dengan Allah,
Tuhan yang Maha Pencinta atau ‘Al Waduud’ itu, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan...

Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya...
Sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap...

Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih utama...

Tanda Cinta...
  • Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.

  • Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya.
Tidak kerana yang lain...
Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.

Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.” Surah: Ali Imran. Ayat:146.
“Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222

Untungnya Orang Bercinta...

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi, di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu...

Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.
Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.
Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Wednesday, October 15, 2008

Andai...

Itulah permulaan penyesalan, andai... tetapi apabila kita renungkan dengan mendalam kenapa kita hanya sekadar melepaskan keluhan tanpa mengenang, adakah kita layak untuk menyesal? ketika kita sudah didahului oleh tindakan... bijaksanakah kita?

Kadangkala kita mengetahui bahawa segala yang kita lakukan akan mendatangkan kesan, sama ada baik atau buruk... tetap ada... tetapi cuba kita fikirkan... waraskah kita dengan senang melakukan kesalahan yang kita tahu bahawa penyesalan adalah akhirannya.

Itulah hati kita...dalam Islam kita dituntut supaya berdoa : Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan kati kami dalam agama-Mu (ajaran-Mu) dan taatkanlah hati kami... pengajaran Allah ini cukup bernilai jika kita cuba terokai rahsianya...

Tuesday, October 7, 2008

Jadilah Manusia Yang Berbahagia.

Orang yang bahagia itu akan selalu...
Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah ,
Menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
Menyediakan waktu untuk bersenda-gurau kerana bersenda-gurau itu akan membuatkan jiwa sentiasa muda...
Dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Oleh itu…
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Akan tetapi waspadalah sentiasa kerana…
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya,
Namun...
Selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
Kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan...
Daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Thursday, September 18, 2008

Cantik Seorang Wanita...

Cantiknya seorang wanita itu,
Sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstik
Pada bibir mekar yang senyum kosmetik...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai anak tidak menjerat diri pada kederhakaan...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai isterimerempuh badai di sisi suami...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis...

Cantik seorang wanita itu,
Sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...

p/s : Ku utuskan tamsilan indah ini buat seluruh "MUSLIMAT SEJATIAN".

SeLamAt HaRi LaHir...


"Telah ditakdirkan pada Tanggal 12 September 2008 aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke-21… telah bertambah setahun lagi usiaku…aku punya impian… untuk mendatangkan sesuatu sebagai hadiah pada diri… lalu ku temukan kalam-kalam indah ini…


25 pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang, melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.





...semalam yang berlalu menyebabkan lahirnya hari ini dan hari ini yang berjalan memungkinkan datangnya hari esok...usia yang terdapat pada hari semalam bersambung ke hari ini dan mungkin dipanjangkan sehari lagi pada hari esok…"

Thursday, September 4, 2008

Jejakilah Langkah al-Fateh

Langkahnya... langkah pejuang...
Ayunan pedang perajurit muda
Sedari usia baru belasan
Dalam dua tahun mengkaji atlas kota teguh
Keagungan Konstantinopel...
Keangkuhan Byzantine...
Tika mana sejak dulu...
Berkurun dalam sejarah
Kisah cubaan menakluk yang tak pernah sudah
Datang al-Fateh merealisasikan sunnah
Bicara Rasulullah yang membuahkan Barakah
" Satu saat, Konstantinopel akan ditawan oleh ummat yang terkemudian."
Kini, Dia membuktikan!

Thursday, August 28, 2008

ANTARA SANTAN DAN MUTIARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang,
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. Mudah diperoleh.. Diparut.. Diperah.. Dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi..
Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan..
Dengan mudah jatuh menjadi titisan..
Akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
Orang tak kenang jasa santan..
Mutiara.. tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan..
Terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..


Akhirul kalam..
saya kongikan mutiara tazkirah tanda kasih seorang Muslimah padamu
Ya Ukhti al Habibah Sakinah Binti Md. Noh.

Sebuah perkongsian nan indah untuk wanita sholihah pendamba syurga, pembuat iri bidadari di sana …

Wednesday, August 27, 2008

Istimewa Untuk Mu...

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, salam teristimewa buat insan bernama SAHABAT.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Telah ditetapkan bahawa kisah perpisahan ini terjadi… kita sedaya upaya menghalang tetapi perancangan Allah rupanya lebih teliti… segala rahsia… sama ada yang telah tersurat atau yang tersirat dapat kita fahami akhirnya… Allah meletakkan diriku tanpamu di sini, agar aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri… atau… supaya aku tidak terus ego mendabik dada, berbicara pada hati bahawa aku boleh menempuh hari-hari mendatang biarpun tanpa kau duhai SAHABAT…

Sahabatku bunga agama,
Ternyata kata-kata yang terdetik di hati ini adalah salah belaka… demi Tuhan… aku masih memerlukanmu, memerlukan masa duka dan gembira kita… aku tidak berdaya SAHABAT…
Berjalan meladeni bumi kenangan ini berseorangan… kali pertama aku kembali menjejak 'bumi' ini, aku dapat lihat sejelasnya setiap nostalgia lama kita… bersama kawan-kawan… 'SEJATIAN' itu gambaran kita … kita ibarat ramai dalam satu… nampak seperti assabiyyah tapi hakikat sebenarnya kita seperti sebuah keluarga, walau pun kadangkala loghat dan dialek negeri masing-masing membatasi pergaulan kita…

Sahabatku dunia akhirat,
Andai dapat aku coretkan disini sedikit kisah perkenalan kita…
Kita bertemu ketika mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah, belajar di dalam kelas yang sama, tinggal di bilik bersebelahan… kita berkawan… Aku, SAHABAT dan seorang lagi kawan kita… ketika akhir tahun kita bergaduh… dan rasa mula membenci wujud antara kita… natijahnya… aku membawa diri berpindah ke sekolah baru…Tapi aturan Allah nampaknya lebih sempurna… selepas tamat SPM, tanpa diduga kita dipertemukan kembali di 'bumi' ini… di sini kita bermula sekali lagi…
Tiga tahun di 'bumi' ini mengajar kita erti sebenar seorang sahabat, macam-macam perasaan yang kita kongsi bersama… gembira… duka…rindu….sayang…. dan bagaimana rasa bila hati kita dikhianati oleh orang yang kita tatang hatinya lebih daripada hati orang yang kita sayang… atas alas an, dialah orang yang patut kita contohi, lantaran pengalamanya melebihi kita… sakit benar perasaan tersebut…

Sahabatku tonggak Islam,
Kalau hari ini ada lagi orang yang bertanya tentang SAHABAT kepadaku, aku hanya menjawab… mungkin Allah pisahkan kita hanya kerana menguji, menghilangkan seorang SAHABAT tetapi mampu menguji kuatnya pertalian antara kita dan seluruh SEJATIAN. Segalanya demi redha dan kasih sayang-Nya, kami menerima takdik yang sedemikian tersurat… Kita sudah tahu betapa berharganya sebuah persahabatannya… bersamanya… ada rahsia… rindu…kasih sayang…rasa hormat…KERANA persahabatan antara aku dan SAHABAT, bukan atas dasar kawan dan terus berkawan semata-mata… tetapi antara kita pernah ada rasa benci…sakit hati…cemburu… padaku perasaan-perasaan inilah yang menjadikan kita bukan sahaja dapat menjadi SAHABAT tetapi ibarat KEMBAR….kena adanya segala citra perasaan ini akan mengajar kita untuk lebih menghargai antara satu sama lain.


p/s : ikhlas untuk Saidah Nafisah Binti Norsapri

Sunday, August 24, 2008

Buat Mu, Mujahidah solehah...

Dengan kecantikanmu, KAU lebih elok dari mentari...
Dengan akhlakmumu, KAU lebih wangi dari haruman...
Dengan rendah hatimu, KAU lebih tinggi dari bulan...
Dengan kelembutanmu, KAU lebih halus dari rintik hujan...
MAKA pertahankanlah keindahan ini, agar KAU terus menjadi sayap kiri perjuangan.

Thursday, July 31, 2008

manusia...

Tempuhilah setiap cabaran dan dugaan itu dengan senyuman percaya pada diri sendiri...