Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untaian susunan kata ini ditujukan teristimewa kepada sahabat-sahabat yang akan bergelar suami atau isteri... semoga ikatan kasih sayang yang dibina dengan nama Allah mendapat keberkatan di dunia dan kekal hingga ke syurga... Insyaallah...

Di dalam surah Ar-Rum ayat 21, Allah swt berfirman yang bermaksud : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ".


Doa saya untuk kalian...

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

* SELAMAT PENGANTIN BARU
Kepada :
Nasuha Noordin dan Mohd Jusoh Jaafar( 11/12/2010 )
Nor Ain Syafini Abd Wahab dan Nor Hasnuddin Hussin ( 11/12/2010 )
Mohd Musyaffa' Mohd Fadzin dan pasangan ( 12/12/2010 )

Monday, September 13, 2010

Gusar Rasa Hati

Duhai HATI...
Dapatkah aku bingkiskan di sini rasa yang telah lama mendiami sudut hati ini??? Ya Allah... payahnya untuk menjawab persoalan2 hati... telah berdetik hati ini bila teringatkan dia.... sungguh susah aku rasakan.... Ya Allah... jangan KAU cuba aku dengan cubaan cinta manusia.... kerana aku hampir2 tidak berdaya menangkisnya...

Duhai HATI...
Bisakah engkau bersabar menahan fitnah cinta??? Aku takut.... aku akan tenggelam kerananya... bukan niatku untuk menafi fitrah insan... setiap manusia ingin disayangi juga menyayangi... tapi bagiku masanya bukan sekarang... biarlah itu semua datang kemudian... aku belum bersedia menghadapinya...

Duhai INSAN...
Akhlakmu menambat hatiku... budi dan adabmu menanam debar di jiwaku.... apa yang boleh ku pohonkan, hanya segala kebaikan sentiasa bersama denganmu... doaku semoga dirimu dipertemukan dengan insan sebaikmu....

Ya ALLAH...
Andai dia adalah orang yang terbaik untukku... dekatkanlah hatinya dan hatiku... namun seandainya dia bukanlah orang yang layak bagiku... hilangkanlah debar jiwaku terhadapnya dan gantikanlah dia dengan insan yang lebih baik daripadanya... Ya Allah... jika benar terdapat kebaikan dalam hubungan kami KAU pertemukanlah... dan permudahkanlah segala urusan kami di duania dan akhirat... Amin.

Monday, June 21, 2010

Sayang Untuk Abah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Setulus ucapan cinta kasih aku tujukan teristimewa buat Abah, " Selamat Hari Bapa "... tanggal 20 Jun.... pada setiap tahun.... tidak pernah lupa untuk melakar sesuatu yang istimewa buat insan mulia bergelar Abah.... Ayah.... Baba.... Papa.... Abi... Walid .... atau apa saja panggilan kita .... insan itu tetap sama di dalam hati kita..... tiada dua dan tidak akan pernah ada penggantinya.

"Abah ".... seorang yang mengajarku tentang hidup dan kehidupan.... memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan.... bercerita dan berkongsi ilmu.... teman berbicara isu-isu semasa... perasaan dan aspek2 keagamaan.... toleransi dalam mendidik....

" Abah ".... keutamaannya adalah keluarga.... kerjaya... hanya jatuh tempat kedua.... bagi Abah.... pandangan anak2 ditimbang sama tara... tak pernah Abah lupa ucapan maaf andai tersalah atau tersilap kata dan lakunya....

Bagi " Abah ".... soal agama.... tak pernah ada kompromi..... kalau diajak ke masjid.... ke majlis takmir.... atau...... sewaktu solat subuh pada setiap jumaat beserta bacaan yasin di masjid.... jawapan " tak nak " tiada dalam skema.... nasihat Abah " Masa muda hanya sekali , jadi gunakanlah ia sewajarnya. Jangan sampai menyesal nanti. "

Bagi " Abah "... masa ada tiga.... pahala.....dosa..... dan sia-sia.... kenapa???
kata Abah : bila masa diisi dengan perkara2 berfaedah.... ia dijanjikan pahala.... apabila mengisinya dengan perbuatan keji dan maksiat.... itu adalah dosa.... dan seandainya kita hanya membiarkan masa berlalu sebegitu sahaja..... ia menjadi sia-sia....

Itulah " Abah" dengan segala keistimewaannya.....

Akhir kalam.... tiada kata2 yang lebih layak di ucapkan pada abah.... melainkan hanya untaian kata2 doa yang tidak pernah dilupakan pada setiap solat.... Ya Allah.... Engkau jadikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah supaya ibu bapa kami bangga dengan kami sebagaimana kami bangga menjadi anak2 mereka.... Ya Allah dengan nama-Mu kami mengaku, bahawa ibu bapa kami telah berbuat baik kepada kami.... telah mengajar kami kepada-Mu.... Ya Rahim..... hubungkanlah tali-Mu diantara kami dan ibu bapa kami di akhirat nanti.... Ya Azim.... berikanlah kedua mereka kesihatan yang baik.... iman yang sempurna.... hati yang teguh.... hidayah yang tidak akan putus...... rezeki yang berkat dan melimpah ruah.... dan kurniakanlah kami semua keluarga yang penuh mawaddah, rahmah dan sakinah-Mu Ya Allah.... Amin Ya Rabbal A'lamin....

msg 4 Abah :
We Always Love U So Much....
May Allah Bless U Forever....
U Are The Best Hero That I Ever Had....
" Selamat Hari Bapa "

Wednesday, June 16, 2010

Beramanah Dalam Tanggung Jawab

Bismillah...

Satu lagi senario yang sudah lama wujud di dalam jabatan2 agama ataupun mana2 institusi awam kerajaan ... penekanan dalam corak bekerja.... bagaimana???

Jarang untuk mencari 'pemegang2 amanah' yg sentiasa punctual dengan waktu bekerja mereka... 'pemegang2 amanah' ini adakalanya 'ghaib' terus tanpa sebarang pemberitahuan... persoalannya... kenapa golongan 'pemegang2 amanah' daripada bahagian agama juga serupa dengan pekerja2 kerajaan yang lain???

Setelah agak lama memerhati dan berfikir... keputusannya...

Tidak semua 'pemegang amanah' faham dengan konsep amanah dalam Islam.... sekiranya tahu sekalipun... mereka tidak pernah faham... kenapa begitu??? kerana 'orang2 yg faham dengan adil' sahaja yang dapat memahaminya dan mempraktikannya ketika menjawab amanah.

Kebanyakkan 'pemegang2 amanah' di jabatan2 agama adalah orang2 agama.... yang belajar tentang ilmu agama.... mereka semua bagus... tetapi bukankah lebih bagus lagi, sekiranya mereka2 itu terdiri dari orang2 beragama.... belajar dan tahu agama sahaja tidak cukup .... belajar agama dan amalkan budaya beragama.... bukankah lebih baik... itulah cara hidup yang terbaik.

Suasana sebegini menyebabkan statement 'penilai2 awam' ...... "gunakan agama untuk hidup senang" seolah-olah di 'iya' kan dalam masyarakat.


Oleh itu,

Kepada 'pemegang2 amanah' .... tanggung jawab yang digalas anda tidak boleh dipandang ringan... jangan sampai apa yang anda dapati dari amanah itu nanti dipertikaikan oleh para 'penilai awam'..... jangan sampai seluruh keturunan anda binasa kerana hasil dari amanah yang telah dikhianatkan.... jangan nanti di 'hari hisab' sana, anda tergolong dikalangan orang yang rugi dan penuh penyesalan... KERANA anda adalah 'pemegang amanah' kepada apa yang telah diamanahkan.

Sunday, April 18, 2010

Teruskanlah...

Bismillah...

Alhamdulillah... hari ini, lagi satu hari diri ini dapat bernafas di bumi TUHAN... kalau semalam ditinggalkan dengan corakan hidup yang agak abstrak dan sukar dihadam minda... semoga hari ini berlalu dengan segala kebaikan dan dipermudahkan ALLAH segala urusan.

Betullah kata orang setiap manusia mempunyai masalah tersendiri... kewujudan masalah itu bukanlah untuk menjadikan kita beralasan untuk putus asa... bukankah tiada putus asa di dalam Islam???... kehadiran masalah itu tidak lain hanya untuk mengukur kreativiti pemikiran kita mencari jalan penyelesaiaannya... bukankah begitu???

Duhai diri...
mungkin semalam kau masih samar-samar dengan perjuangan sendiri... kenapa tidak kau perjelaskan misi dan matlamat diri, supaya dapat kau tempuhi semua jalan dengan semangat mujahidah sejati... yang tidak gentar meskipun sentiasa diuji... bijak menilai setiap sesuatu dan tidak jemu berusaha memperbaiki diri...

Duhai diri...
Jangan sekali-kali kau undur langkahmu andai kau rasa tidak mampu, kerana kau tidak mempunyai pilihan dalam menyusuri jalan ini... bukankah ini pilihanmu ??? Jadi teruskanlah... jangan punya angan-angan untuk berhenti sekerat jalan... kelak selamanya kau menyesal sendiri.

* Ya Allah... kuatkan iltizamku menyusuri jalan-Mu,
jangan KAU tinggalkan diri ini dikala orang2 lain
tidak bersamaku. Ya Jabbar... KAU tuhanku, Bantulah diriku kerana aku tidak berharap bantuan lain selain daripada-Mu... Amin.

Saturday, April 17, 2010

Selamat Datang Final Exam !!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Alhamdulillah, hampir selesai sudah satu lagi semester pengajian di UDM ini. Rasanya tahun ini sudah memasuki tahun ke lima saya di negeri Terengganu... segalanya dilakukan demi ilmu dan redha Allah berkat daripada restu mak dan abah...

Hari Isnin, 19 April 2010... akan bermula lagi satu perjuangan di medan pertempuran final exam... waktu study week pun tak sempat nak study mana... masih sibuk lagi dengan kelas... dengan metting persatuan.... haila...susah betul nak ikhlaskan diri... tambah-tambah lagi waktu kritikal macam sekarang ni... pegang buku ni... buku tu pun macam kena pegang jugak... macam mana ni...

Alhamdulillah hari ni selesai jugak buku Fiqh Islami... tadi dah hafal sikit untuk hafazan Al-Quran... Petang ni Satu helai lagi... malam ni boleh start tengok Bahasa Arab...

Cemburu betul tengok roomate... study je semedang... puas study, rehat... nak rehat jugak!!! waktu nilah rasa macam nak letak jawatan je... penat fizikan dan mental...

Macam mana ye nak arrange masa ... dah cuba buat ... tapi selalu je langgar... tak dapat nak ikut betul2... tekanan betul sem ni, pointer nak kena jaga, gred kena make sure tak jatuh... kalau tak memang kena gulai dengan abah... abah pulak bukan jenis consider dengan pointer je... first yang abah tengok gred... pastu step yang seterusnya baru pointer... mak tolong!!! kak dah tension ni...

Saturday, March 20, 2010

Beratnya Amanah

Dengan Nama Allah...

Segala puji bagi Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana dalam mengurus segala aturan-Nya. Selawat dan salam buat nabi junjungan mulia Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda, para tabi'in dan orang2 yang mengikuti jalan baginda hingga hari Akhir.

................................................

"Allahu Akbar", terasa berat beban taklif yang ditanggung... "mampukah diri ini?", "layakkah diriku menjadi pemimpin yang baik?" " Ya Allah... kenapa diriku masih mempersoalkan taklifan ini?, bukankah ia sebagai satu penghargaan dan keyakinan orang lain pada potensi diriku?", "Bantulah aku Ya Azim... jangan sekali-kali KAU biarkan diri ini lupa pada amanah yang ENGKAU galaskan di pundakku..."

.............................................

Duhai Sahabat seperjuangan,

Tegurlah aku andai ada perlakuanku yang menghiris hati kalian, andai aku terlepas laku, andai aku terlalai dalam menjaga hati-hati kalian... ingatkanlah aku... bahawa yang dipikul aku adalah amanah Allah... dan ia bukan untuk dibangga-banggakan tetapi... segalanya akan dipertanggungjawabkan pada hari kemudian...

..............................................

Diriku,

Yakinlah pada potensi sendiri, gilapkanlah peribadi mujahidah ulung.... islahkankan diri dan islahkanlah suasana sekitar... janganlah menyusahkan orang lain sekiranya tidak mampu menyenangkan mereka... sekiranya sekarang kau berada diatas, janganlah lupa kau berasal dari bawah... ikhlaskan dirimu... betulkan niat dan luruskan matlamat... kembaralah sendiri beserta orang-orang disekelilingmu menjawab taklifan Illahi... janganlah ragu kerana Allah bersamamu.


*p/s : Kepada semua kawan-kawan yang mengenali,
semoga SAYA yang kalian kenal sejak dahulu adalah
SAYA yang sama pada masa sekarang akan datang...

Sunday, February 7, 2010

Perbaikilah Dirimu Dari Hari ke Hari.

Beberapa hari lepas,aku temukan sepotong ungkapan berkenaan 'tudung wanita'... ayatnya cukup simple... fahamannya mendalam... menjadikan aku terfikir untuk berkongsi untaiaan madah indah itu bersama kalian. Seorang penulis telah melakarkan :

" Tudung wanita itu ada empat... Tudung pada wajahnya... Tudung pada matanya... Tudung pada suara dan tudung pada hati."

Apa maksudnya???

Tudung pada wajah... jangan sampai kecantikannya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pinggitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain, selain dari mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang , tidak memandang.

Tudung pada suara... jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.

Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah... Subhanallah... Alhamdulillah dan Allahuakbar...

- May Allah Bless-
Wassalam...